Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133, bertarikh 24 Febuari 1997, di bawah dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.
Penubuhan Universiti adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan bersahsiah mulia dalam bidang-bidang sains, teknologi, pengurusan serta bidang-bidang bahasa kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan dengan pendekatan khusus kepada penguasaan ilmu, teori dan amali pendidikan.
Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Febuari 1997, maka mulai Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali dengan nama singkatannya UPSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment